div class="widget">


Sunday, 29 March 2015

TAHUKAH ANDA...???


  • Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana ia membantu guru untuk mendapatkan bahan pengajaran dan guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. 

    • Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

      • Mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. 

        • Melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan murid akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi.

          • Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid  yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua murid mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru. Walaupun terdapat murid yang agak lemah di dalam kelas, namun mereka juga boleh belajar dan menggunakan komputer di kelas. 

            • Penggunaan peralatan seperti ICT amat penting dalam membantu murid untuk menjelajah dunia internet dan melalui internet, mereka dapat membuat banyak aktiviti yang melibatkan perkembangan kognitif kanak-kanak yang mendorong mereka terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran

            • ICT boleh digunakan untuk pengayaan bagi murid yang agak cerdik berbanding dengan rakan-rakan lain supaya mereka tidak berasa bosan dalam kelas dengan memberikan mereka aktiviti yang lebih mencabar minda

            • ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar. Aktiviti yang berkaitan dengan masa depan juga boleh dibuat serta aktiviti yang berbentuk simulasi.

            • Mereka dapat membuat projek kelas menggunakan komputer dengan bantuan internet. Contohnya, di negara barat, kanak-kanak berumur empat tahun berpeluang untuk melayari laman web sekolah mereka dan memasukkan gambar mereka. Selain itu, mereka juga boleh memasukkan suara mereka sekali.

            • Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa serta juga dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi mereka

            • Mampu membantu kanak-kanak untuk berinteraksi dengan kanak-kanak dari luar negara serta memperoleh maklumat dari seluruh dunia dan ini meningkatkan lagi kepentingannya. Oleh itu, guru harus mengambil tanggungjawab untuk meningkatkan potensi dan kecekapan kanak-kanak dalam penggunaan ICT dan melibatkan kanak-kanak dengan pelbagai pengalaman pembelajaran yang positif yang baru



            Wednesday, 25 March 2015

            GUBAHAN MAKANAN YANG MENARIK KANAK-KANAK

            Hari-hari pasti kita perlu makan, jika berpuasa pun...hanya disiang hari. Pastinya kita memerlukan makanan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Makanan memberi tenaga dan kekuatan untuk tubuh badan. Makanan berkhasiat amat penting disamping pengambilan yang sesuai di masa yang betul agar seimbang untuk memperoleh kesihatan yang baik.

            Kanak-kanak tidak seperti dulu yang memakan apa sahaja pemberian ibunya. Kanak-kanak sekarang begitu cerewet dalam memilih makanan. Kadangkala begitu susah untuk memujuk mereka untuk makan. Mereka lebih menggemari makanan ringan dan segera yang kurang berkhasiat.

            Iklan di media masa begitu memainkan peranan yang penting dalam meracuni pemikiran anak-anak dalam menarik minat mereka. Mereka begitu terpengaruh dengan makanan ringan dan segera yang kurang berkhasiat kerana pengiklanan yang menarik dan disertai pula dengan hadiah permainan percuma. Rasanya juga lebih sedap kerana penggunaan bahan perisa yang berlebihan.

            relaks minda photo

            Apabila di rumah, anda begitu sukar untuk memujuk mereka untuk makan makanan yang berkhasiat. Adakah anda mengalami masalah ini? Anda tertekan? Relaks kan minda anda... Kita cuba kaedah menghias makanan agar kelihatan menarik, seumpama tarikan di dalam iklan. Dengan mereka pelbagai bentuk seperti watak-watak kartun kegemaran mereka, mungkin mampu menarik minat mereka untuk makan.

            Tidak salah untuk mencuba... Apa kata anda lihat beberapa kreativiti dalam menghias makanan yang mungkin ada diantaranya menarik minat anda untuk mencubanya untuk anak anda atau buat yang tersayang...hehe...


             Roti
            kreativiti hidangan relaks minda 
            kreativiti hidangan relaks minda
            Contoh hiasan untuk roti yang menarik untuk di cuba...

            Pelbagai
            kreativiti hidangan relaks minda 
            kreativiti hidangan relaks minda
            Pelbagai contoh rekaan hiasan makanan untuk anak-anak anda.
            Mungkin sedikit sukar...tapi jika ianya berbaloi, apa salahnya.

            Sandwich
            kreativiti hidangan relaks minda 
            Sandwich biasa yang bertukar menjadi ceria dan pelbagai rupa.
            Harap ianya menarik perhatian untuk di makan dan bukan untuk di main!

            Pancake
            kreativiti hidangan relaks minda
            Bosan dengan pancake berbentuk bulat...Hidangkan anak anda
            dengan pancake berbentuk bunga...Kelainan bentuk memberi impak
            berbeza terhadap selera...

            Telur
            kreativiti hidangan relaks minda 
            kreativiti hidangan relaks minda
            Jadikan telur rebus anda menjadi sesuatu bentuk yang comel dan
            menarik. Pasti mereka terpikat untuk mencuba rasanya.

            Nasi Goreng
            kreativiti hidangan relaks minda
            Hidangan nasi goreng yang biasa menjadi begitu menarik untuk
            memikat selera anak anda... Anda boleh bercerita sambil menyuap
            mereka makan. 

            TANTRUM





            Apa itu tantrum?
            Emosi yang diluahkan oleh kanak-kanak dan ia boleh berlaku seawal usia sembilan bulan hingga setahun. Anak kecil ini tidak tahu bagaimana untuk memberitahu & mereka tidak tahu cara untuk mengendalikan perasaan ini.

            Masalah ini dapat ditangani dengan pendekatan secara konsisten dan ia akan kurang atau hilang dengan sendiri apabila usia mencecah tiga hingga empat tahun. Dari sudut psikologi, kanak-kanak meluahkan tantrum kerana mereka ingin menjadi lebih berdikari. Jika mampu, mereka mahu memakai baju sendiri, makan sendiri dan menjadi kecewa bila tidak berupaya melakukannya.

            Pencetus tantrum
            Tidak selesa fizikal contohnya lapar, penat atau sakit- Samalah keadaannya seperti orang dewasa yang sukar mengekalkan ‘mood’ yang baik dalam situasi sama dialami kanak-kanak.

            Emosi tidak terkawal, takut, teruja dan bosan. Suasana persekitaran yang mengganggu perasaannya juga boleh mencetus tantrum. Contohnya kunjungan temu janji dengan doktor, aktiviti membeli-belah yang lama dan berlanjutan.

            Malahan waktu bermain yang lama dengan kawan sebaya juga boleh mengundang tantrum. Jadi, cuba kenal pasti punca tantrum sebelum anda ambil langkah menanganinya. Ia samalah ibarat seorang doktor yang mengenal pasti penyakit terlebih dahulu sebelum memberi ubat untuk rawatan.

            Ingin mendapatkan perhatian - Tindakan yang dianggap ‘melampau’ oleh kita sebagai ibu bapa sebenarnya isyarat yang ingin anak anda berikan supaya anda beri lebih perhatian kepadanya.Kesibukan anda terhadap kerja menyebabkan anda sendiri tidak faham karakter anak anda sendiri! Jika, kita tidak faham apa yang ingin disampaikan dalam nada suara yang kecil. Jadi anak-anak mungkin terpaksa menggunakan teriakan dan jeritan sebagai cara berkesan demi menarik perhatian ibu bapa.

            Sebagai ibu bapa, perhatian yang ringan seperti ‘eye contact’ dengan anak dan sentuhan dan suara yang lembut sudah memadai untuk anak anda mengetahui bahawa mereka mendapat perhatian anda. 


            Adapun untuk anda yang kesulitan dalam menghilangkan ekspresi kemarahan anak anda (temper tantrum) maka anda dapat melakukan beberapa cara dibawah ini :

            1.    Bagi anda sebagai orang tua sebaiknya bersikap tenang dalam menghadapi anak anda yang mengalami temper tantrum.
            2.   Anda dapat menghiraukan anak anda sampai kemarahannya reda, berikan peringatan dengan tegas (tanpa marah) mengenai aturan yang telah disepakati bersama.
            3.    Hindari memukul anak anda, lebih baik anda mendekap dengan pelukan sampai anak anda tenang.
            4.    Temukan alasan kemarahan anak anda sehingga anda dapat memberikan penjelasan yang sebenarnya.
            5.    Sebaiknya anda tidak menyerah ketika anak anda marah, karena anak akan melakukan tindakan yang sama ketika menginginkan sesuatu lagi.
            6.    Hentikan memberikan anak anda imbalan ketika akan menghentikan kemarahannya.
            7.    Anda dapat mengarahkan kemarahan anak anda pada hal hal yang positif.
            8.    Anda dapat menyingkirkan benda benda yang berbahaya dari sekitar anak anda yang sedang marah.
            9.    Anda harus membiasakan komunikasi yang terbuka dengan anak dan juga berikanlah pujian apabila kemarahannya telah selesai.


            Sumber :Cara Mengatasi Temper Tantrum pada Anak - Bidanku.comhttp://bidanku.com/cara-mengatasi-temper-tantrum-pada-anak#ixzz3VPXCUfFB